PETALING JAYA: Kepimpinan tertinggi PKR akan mengadakan pertemuan petang ini bagi menentukan calon yang akan bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.
Naib Presidennya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pertemuan tersebut bagi menentukan hala tuju dan calon PKR dalam PRK tersebut.
“Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim memanggil saya bersama Pengarah Pilihan Raya, Rafizi Ramli dan Pengerusi Keadilan Pulau Pinang, Nurul Izzah Anwar serta Naib Presiden yang lain.
“Setelah perbincangan kita akan umumkan,” katanya selepas perasmian Majlis Kongres Jurukur Antarabangsa Ke-26 di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur, hari ini.
PRK Sungai Bakap diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Nor Zamri Latiff daripada Pas pada 24 Mei lalu.
Pada PRU-15 lalu, Nor Zamri Latiff memperoleh kemenangan dengan majoriti 1,563 undi, selepas mendapat undian 15,433 mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) daripada PKR iaitu Nurhidayah Che Rose. – UTUSAN











