Eain Yow ke suku akhir Terbuka Britain

Eain Yow ke suku akhir Terbuka Britain

NG EAIN YOW mengejutkan Karim Abdel Gawad pada pusingan ketiga Terbuka Britain di Birmingham, England, hari ini. - Ihsan Terbuka Britain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain skuasy negara, Ng Eain Yow menempah slot ke suku akhir selepas mengejutkan bekas juara dunia, Karim Abdel Gawad dari Mesir pada pusingan ketiga Terbuka Britain di The Rep Theatre, Birmingham, England.

Anak jati Kuala Lumpur yang menghuni ranking No. 15 dunia itu mengambil masa selama 1 jam 15 minit untuk menumbangkan bintang No. 6 dunia itu dalam aksi yang berlanjutan sehingga lima set 6-11, 3-11, 11-9, 12-10, 11-7.

Kemenangan tersebut menyaksikan Eain Yow melangkah ke suku akhir dan dijangka menghitung pertemuan sama ada pilihan kedua dari New Zealand, Paul Coll atau Miguel Rodriguez dari Colombia, Jumaat ini.

Eain Yow yang mendapat jolokan ‘The Baby-Face Assasin’ berkata, kali terakhir dia menjejakkan kaki ke suku akhir pada kejohanan berstatus Platinum ialah tiga tahun lalu dan dia benar-benar gembira dapat mengulangi pencapaian tersebut.

“Ayah saya, jurulatih dan pasukan saya semuanya berada di sini, jadi, ia lebih menarik lagi. Jujurnya, kami telah bermain dengan cukup baik, hari ini,” katanya.

Jelas Eain Yow, ketinggalan 0-2 seperti satu tamparan hebat kepadanya dan mula menyedari dia tidak boleh membiarkan kekalahan menimpanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×