Beregu kita benam juara dunia 

Beregu kita benam juara dunia 

MAN Wei Chong (depan) dan Tee Kai Wun tewas kepada pasangan Indonesia, Sabar Gutama-Moh Reza Isfahani 21-18, 21-15 pada perlawanan suku akhir Terbuka Hong Kong 2024, hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan terbesar dalam karier selepas kali pertama melepasi pusingan awal membenam juara dunia, Seo Seung Jae-Kang Min Hyuk pada kejohanan bersatus Super 1,000, Terbuka Indonesia di Jakarta, hari ini.

Pasangan No. 20 dunia itu mengheret beregu Korea Selatan yang menghuni ranking No. 3 dunia tersebut sehingga ke rubber set 20-22, 21-16, 21-17.

Kejayaan tersebut bakal menemukan Wei Chong-Kai Wun dengan beregu No. 15 dunia, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard dari Denmark pada pusingan kedua, Khamis ini.

Wei Chong berkata, perancangan yang telah diatur serba menjadi telah membantu kepada kejayaan mereka menewaskan pilihan pertama itu.

“Kami sebenarnya tidak fikir banyak, sebab bermain dengan pilihan pertama kami hanya mahu memberikan yang terbaik,” katanya kepada Spotv.

Kai Wun pula memberitahu, mereka masuk ke dalam gelanggang tanpa sebarang jangkaan tinggi mahupun tekanan dan kali pertama melepasi pusingan awal pada kejohanan berstatus Super 1,000 merupakan pencapaian yang baik buat mereka.

Turut mara ke pusingan kedua, beregu No. 5 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang hanya mengambil masa selama 26 minit untuk mengetepikan Vinson Chiu-Joshua Yuan dari Amerika Syarikat 21-14, 21-11.

Gandingan No. 1 Malaysia itu akan berdepan beregu Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han pada peringkat seterusnya.

Sementara itu, wakil tunggal Malaysia dalam perseorangan wanita, Goh Jin Wei dan beregu lelaki serta campuran, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong dan Choong Han Jian-Go Pei Kee tumpas kepada lawan masing-masing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×