Gunung Kanlaon meletus, 800 penduduk dipindahkan 

Gunung Kanlaon meletus, 800 penduduk dipindahkan 

ABU gunung berapi Kanlaon memenuhi ruang udara pekan La Castellana di tengah Filipina.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Pihak berkuasa Filipina mengarahkan pemindahan penduduk yang tinggal berhampiran gunung berapi Kanlaon berikutan letusan yang menghamburkan abu tebal setinggi lima kilometer (km) ke udara.

Pegawai kerajaan memberi amaran kemungkinan letusan lanjutan, abu berbahaya dan bau sulfurik dengan sungai di hilir gunung berapi tersebut dikhuatiri berisiko mengalami banjir kilat serta aliran lumpur.

Menurut agensi pertahanan awam negeri dalam satu kenyataan, pasukan tindak balas sudah dikerahkan di kawasan terjejas untuk memindahkan penduduk ke tempat selamat

“Segera ke pusat pemindahan masing-masing, berwaspada, dan sediakan perkara penting seperti air dan makanan,” kata Datuk Bandar Canlaon City, Jose Chubasco Cardenas dalam arahan pemindahan melalui laman Facebook untuk penduduk di empat komuniti berhampiran gunung berapi itu.

Lebih 800 orang kini dilaporkan berlindung di pusat pemindahan di wilayah Negros Occidental.

“Kami menasihatkan mereka untuk tinggal di sana, dan bagi mereka yang belum berada di pusat pemindahan, saya harap mereka boleh mempertimbangkan semula untuk segera beredar dari kawasan berbahaya itu,” kata Gabenor Negros Occidental, Jose Chubasco Cardenas.

Sehingga kini agensi kerajaan masih belum melaporkan sebarang kehilangan, jumlah yang cedera atau kematian sejak letusan berlaku kelmarin.

Namun letusan selama enam minit itu menyebabkan premis dan  sekolah di Canlaon City terpaksa di tutup manakala tiga syarikat membatalkan 32 penerbangan semalam.

“Kami menasihatkan orang ramai memakai pelitup muka untuk melindungi diri mereka daripada abu gunung berapi,” kata Ketua Agensi Seismologi Negeri, Teresito Bacolcol kepada stesen radio DZBB.

Agensi itu menaikkan tahap bahaya gunung berapi Kanlaon, menunjukkan letusan lanjutan mungkin berlaku dalam tempoh terdekat.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×