PM, TPM  ucap tahniah sempena Hari  Keputeraan Agong

PM, TPM  ucap tahniah sempena Hari  Keputeraan Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi Seri Paduka hari ini. 

Beliau bagi pihak Kerajaan Perpaduan turut mendoakan semoga Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan. 

“Semoga baginda kekal qarar memayungi negara dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara, seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara ini.

“Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook. 

Pada masa sama, dua timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof turut  merafak sembah dan mengucapkan tahniah menerusi laman Facebook masing-masing. 

Ahmad Zahid bersama keluarga mendoakan agar pemerintahan Sultan Ibrahim bersemayam di takhta kebesaran dengan penuh kedaulatan. 

“… dilanjutkan usia dan sentiasa diberkati oleh Allah SWT. Insya-Allah,” katanya. 

Sementara itu, Fadillah mendoakan Seri Paduka kekal qarar bersemayam di atas singgahsana takhta pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan, dan kesejahteraan jua serta memerintah dengan adil dan saksama. 

“Patik dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar Seri Paduka Baginda sentiasa dilimpahi keberkatan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×