Ibu bapa Zayn Rayyan tertekan tapi beri kerjasama kepada polis - Peguam

Ibu bapa Zayn Rayyan tertekan tapi beri kerjasama kepada polis – Peguam

ZAYN RAYYAN
ZAYN RAYYAN ABDUL MATIIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu bapa kepada  Zayn Rayyan Abdul Matiin yang direman  tujuh hari  memberi kerjasama yang baik sepanjang tempoh ditahan sejak Jumaat lalu. 

Peguam yang mewakili  suami isteri itu, Mahmud  Abdul Jumaat ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, pasangan yang masing-masing  berusia 28 tahun itu masih direman di Balai Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya. 

Menurut  beliau, kedua-dua mereka dilihat agak tertekan dan kecewa dengan apa yang berlaku.

“Namun mereka  ingin memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis,” katanya di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tiada sebarang rampasan dilakukan terhadap telefon bimbit mahupun barangan peribadi pasangan itu  setakat ini.

Terdahulu, polis menemukan bukti baharu dalam siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan, 6, pada Disember tahun lalu sebelum membawa kepada penahanan kepada ibu bapa kanak-kanak autisme itu pada Jumaat lalu.

Penahanan pasangan itu dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam pada pukul 10.25 pagi dan perintah reman diperoleh semalam.

Ibu bapa kepada  kanak-kanak itu kemudian direman seminggu bermula hari ini sehingga 7 Jun ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×