Speedy Tigers perlu lebih konsisten

Speedy Tigers perlu lebih konsisten

AZRAI Azad Abu Kamal meraikan jaringan gol kedua skuad kebangsaan pada aksi pertama Kumpulan B, Piala Negara-Negara di Gniezno, Poland, hari ini. - FOTO IHSAN FIH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kurang pengalaman di pentas antarabangsa menjadi punca skuad Speedy Tigers diikat 4-4 oleh Pakistan dalam perlawanan pertama Kumpulan B Piala Negara-Negara di Poland.

Perkara itu diakui oleh pengendali Speedy Tigers, Sarjit Sigh selepas anak-anak buahnya mensia-siakan peluang untuk menang biarpun mendahului Pakistan 4-1 sehingga suku kedua berakhir.

Bagaimanapun, Sarjit tetap kagum dengan prestasi keseluruhan pemainnya menentang Pakistan dan berharap mereka mampu menggunakan kelebihan dalam kotak penalti dalam perlawanan seterusnya.

“Kami bermain cukup baik untuk memenangi perlawanan itu, tetapi ia berakhir dengan keputusan seri. Kami bermain cemerlang dalam dua suku pertama.

“Namun, saingan suku suku ketiga dan keempat kami berada dalam tekanan yang mana kami mula melakukan kesilapan dan membenarkan Pakistan bangkit untuk menyamakan kedudukan.

“Tahap komitmen pemain saya sangat luar biasa. Kami gagal menewaskan Pakistan kerana pengalaman mereka yang lebih hebat. Kami mencipta peluang yang mencukupi untuk memenangi perlawanan itu, tetapi penyudah kami kelihatan tumpul,” katanya.

Terdahulu, Speedy Tigers selesa mendahului Pakistan 4-1 selepas 42 minit permainan berlangsung, namun terpaksa akur dengan keputusan seri selepas skuad kendalian Roelant Oltmans itu bangkit untuk menyamakan kedudukan 4-4.

Rekod pertemuan antara kedua-dua negara juga memihak kepada Pakistan apabila mereka menumpaskan Malaysia 5-4 pada Piala Sultan Azlan Shah 2024, awal bulan lalu.

Bagi perlawanan seterusnya peringkat Kumpulan B, skuad negara dijadual bertemu Perancis pada hari ini sebelum menentang Kanada pada Rabu ini.

Habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×