PETALING JAYA: Keperluan turun semula ke lokasi penemuan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, termasuk rumah keluarganya di Damansara Damai, di sini bergantung kepada hasil siasatan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, setakat ini keterangan kedua-dua mereka diperlukan sebelum tindakan selanjutnya.
“Bergantung kepada hasil soal siasat nanti,” katanya secara ringkas.
Dalam pada itu, ibu bapa kanak-kanak autisme itu ditahan reman tujuh hari sehingga 7 Jun ini bagi membantu siasatan.
Terdahulu, Hussien mengesahkan siasatan ke atas suami isteri yang juga ibu bapa kanak-kanak autisme itu dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
Tangkapan kedua-dua mereka berdasarkan hasil maklumat risikan dan siasatan dari hari pertama kejadian. – UTUSAN










