Perjuangan wakil negara berkubur di Terbuka Singapura

Perjuangan wakil negara berkubur di Terbuka Singapura

Aaron Chia-Soh Wooi Yik tumpas di peringkat suku akhir Terbuka Singapura.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesemua wakil negara terkandas selepas tunduk kepada lawan masing-masing pada suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura di Stadium Tertutup Singapura, hari ini.

Beregu lelaki No. 5 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mempamerkan aksi longlai apabila tunduk kepada pasangan No. 4 dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark 10-21, 14-21 hanya dalam masa 29 minit.

Turut mengikut jejak langkah Aaron-Wooi Yik terkandas di peringkat lapan terbaik pada kejohanan berstatus 750 itu adalah beregu No. 14 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani yang tewas kepada pasangan No. 10 dunia, He Ji Ting-Ren Xiang Yu dari China 16-21, 21-9, 17-21.

Dalam saingan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang menghuni ranking kesembilan dunia tumpas di tangan beregu No. 4 dunia, Seo Seung Jae-Chae Yu Jung 14-21, 18-21.

Sementara itu, wakil tunggal Malaysia dalam acara perseorangan lelaki, Leong Jun Hao yang berada di tangga ke-36 dunia bukan lawan buat bintang No. 1 dunia, Viktor Axelsen apabila dia kecundang straight set 12-21, 11-21.

Destinasi seterusnya barisan pemain negara khususnya yang bakal beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis, Julai ini adalah Terbuka Indonesia yang berstatus Super 1,000, minggu depan.

Kejohanan yang akan berlangsung di Jakarta itu bakal menjadi ujian sebenar kepada para pemain kerana pencabar yang mereka temui merupakan lawan sebenar pada temasya di Paris. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×