Perjalanan Melaka River Cruise hanya 20 minit mulai esok

Perjalanan Melaka River Cruise hanya 20 minit mulai esok

KHAIRUNNISA Ibno Masooda (dua dari kanan) bersama penerima anugerah pada Perhimpunan Bulanan PPSPM di Pengkalan Rama, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jarak perjalanan Melaka River Cruise sempena program Bila Larut Malam dihadkan kepada 20 minit berbanding perjalanan biasa 45 mi­nit bermula esok.

Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan dan Kewangan yang menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Khairunnisa Ibno Masooda berkata, tempoh tersebut dihadkan kepada 20 minit bagi membolehkan orang ramai dapat menaiki Melaka River Cruise.

Menurutnya, dua kaunter tiket dibuka di Pengkalan Rama dan Quayside Muara Sungai Melaka akan menyusuri sungai Melaka sehingga Jambatan Old Bus Station berhampiran Panggung Bangsawan sebelum berpatah balik.

Memuatkan artikel berkaitan…
PENGUNJUNG Bila Larut Malam akan menaiki Melaka River Cruise di Jeti Pengkalan Rama bermula pukul 11.00 malam. – UTUSAN/AMRAN MULUP

Beliau berkata, jarak perjalanan 45 minit tidak dapat dilaksanakan kerana tempoh masa tiga jam sempena program itu mungkin menyebabkan ramai tidak boleh menaiki Melaka Ri­ver Cruise.

Selain itu katanya, ia bertujuan untuk mengelak daripada pe­ngunjung menunggu lama seperti yang berlaku sewaktu kerajaan negeri menawarkan masuk percuma di 11 produk pelancongan pada 20 Februari lalu.

“PPSPM menganggarkan kira-kira 5,000 pengunjung akan menyerbu menaiki Melaka Ri­ver Cruise di jeti Pengkalan Rama dan Quayside Muara Sungai Melaka dengan kadar bayaran serendah RM10 seorang.

“Selain menaiki Melaka River Cruise, pengunjung juga ber­peluang ke Floating Market yang akan dilancarkan malam esok selain boleh mengunjungi Windmill Pink Market berdekatan Pengkalan Rama,” ujarnya ketika ditemui pemberita pada Perhimpunan Bulanan PPSPM di Pengkalan Rama, di sini semalam.

Mengulas lanjut Khairunni­sa berkata, kaunter tiket di Ta­man Rempah tidak akan beroperasi sepanjang program Bila Larut Malam yang berpindah ke Pengkalan Rama bermula pukul 11.00 malam.

Di samping itu beliau turut mengalakkan pengunjung un­tuk membeli cenderamata Ta­hun Melawat Melaka 2024 (TM­M2024) bagi membolehkan me­reka mendapat cabutan bertuah yang menawarkan kereta dan pelbagai hadiah menarik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini