Konvensyen BN Johor 8 Jun, tumpu usaha perkukuh perpaduan

Konvensyen BN Johor 8 Jun, tumpu usaha perkukuh perpaduan

AHMAD Maslàn (kanan) mempengerusikan mesyuarat Konvensyen BN Johor di Bangunan UMNO, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Agenda utama Konvensyen Barisan Nasional (BN) Johor yang akan diadakan pada 8 Jun ini bagi mencari titik persamaan dan mengeratkan perpaduan antara parti komponen.

Timbalan Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, konvensyen BN negeri yang pertama kali diadakan itu turut membincangkan beberapa isu lain, antaranya hala tuju gabungan itu pada pilihan raya umum akan datang.

“Antara isu utama yang akan dibangkitkan pada Konvensyen BN Johor ialah bagaimana hendak mengekalkan kemenangan 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Fokus turut diberikan tumpuan untuk merampas semula empat kerusi DUN yang dimenangi pembangkang, iaitu Endau, Bukit Kepong, Maharani dan Puteri Wangsa.

“Dalam konvensyen yang sama, kita turut menyentuh isu pengundi muda, ekonomi dan pendidikan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai Konvensyen BN Johor di Bangunan UMNO Johor, di sini hari ini yang turut dihadiri Setiausaha UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman.

Konvensyen BN Johor yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada itu bertemakan ‘Melayari Bahtera Perjuangan, Menakhoda Negara Bangsa’.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dijangka hadir, sekali gus bersama-sama mengikuti konvensyen itu yang akan dihadiri 1,000 peserta termasuk ‘Friends of BN’.

Ahmad berkata, konvensyen tersebut dimulakan dengan sesi pembentangan oleh setiap parti komponen serta ucapan daripada pemimpin MCA, MIC dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Katanya, turut diadakan penyerahan resolusi konvensyen dan watikah lantikan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras BN untuk 26 bahagian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×