Nur Aisyah timba ilmu jaguh Eropah

Nur Aisyah timba ilmu jaguh Eropah

NUR Aisyah Mohamad Zubir akan turun beraksi di Sukan SEA 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba berbasikal lebuh raya negara Nur Aisyah Mohamad Zubir mahu menagih ilmu daripada jaguh dunia sepanjang di Belgium sebelum Sukan Olimpik Paris 2024.

Atlet berusia 27 tahun itu enggan melepaskan peluangnya menimba ilmu daripada pelumba-pelumba tempatan di sana sementelah beraksi dalam 20 perlumbaan di Eropah.

“Saya mahu belajar sesuatu daripada atlet-atlet di sana. Mereka atlet kelas dunia sudah tentu saya mahu belajar kekuatan mereka. Kita tahu masing-masing ada kelebihan tersendiri.

“Saya boleh belajar daripada mereka teknik mendaki, kelajuan dan lain lain daripada mereka. Mereka lebih banyak menyertai kejohanan bertaraf dunia berbanding saya.

“Di sana (Belgium) saya akan menyertai kejohanan untuk membiasakan diri dengan cuaca dari segi pembukaan jalan dan angin. Saya mahu tahu keadaan disana,” katanya dalam Majlis Ramah Mesra Ketua Kontinjen (CDM) Paris 2024 bersama atlet di sini.

Terdahulu, Aisyah bersama jurulatihnya Amir Mustafa Rusli berbincang dengan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) untuk menyertai 20 kejohanan di Belgium, Perancis dan Belanda sebagai pelengkap persediaan sebelum saingan di Paris bermula.

Dalam pada itu, Nur Aisyah satu-satu atlet berbasikal lebuh raya mengakui dia perlu bijak mengurus dirinya daripada perkara yang tidak diingini.

Menurutnya, sebagai satu-satunya wakil Malaysia menerusi acara itu dia seharusnya pandai dalam membawa diri sepanjang berada di sana.

“Ini pertama kali saya berlumba seorang diri, ada negara yang bawa sampai enam penunggang. Jadi saya perlu pandai membawa diri. Sasaran mesti nak habiskan perlumbaan, bergantung kepada perlumbaan dan keadaan diri saya,” katanya.

Nur Aisyah akan berlepas ke Belgium hari ini bersama jurulatihnya Amir Mustafa Rosli dan akan terus berkelana di sana sehingga Sukan Olimpik Paris membuka tirai saingannya 26 Julai ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×