Pesawah rugi bendang digenangi air

Pesawah rugi bendang digenangi air

PESAWAH menunjukkan kangkung yang memenuhi sawah mereka. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG: Kira-kira 20 pesawah di Kampung Alor Ali dan Kampung Tok Pauh, Bukit Raya di sini meminta pihak berkenaan menyelesaikan masalah saliran di kawasan berkenaan yang mengakibatkan bendang mereka tidak dapat diusahakan sejak lima tahun lepas.

Penduduk mendakwa, sebanyak 30 hektar sawah di kawasan itu terjejas ekoran sungai tidak diselenggara dengan baik sehingga mendatangkan pelbagai masalah termasuk banjir kilat.

Seorang pesawah, Abd Ghaffar Abd Hamid, 45, berkata, kali terakhir mereka mengadu masalah berkenaan kepada pihak terlihat adalah 12 Mei lalu, namun sehingga kini belum memperoleh sebarang maklum balas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Masalah sungai ini terlalu cetek sehinggalah apabila hujan kawasan bendang akan banjir sehingga memasuki rumah kami. Selain itu, air sungai yang melimpah mengakibatkan pesawah tidak dapat mengusahakan bendang masing-masing.

“Bendang kami sekarang mula ditumbuhi kangkung saja. Petani kerugian sejak lima tahun lepas. Kami mahu tanam padi bukan kangkong,” katanya ketika ditemui di Kampung Alor Ali, Bukit Raya, di sini semalam.

Abd. Ghaffar menambah, pesawah sebelum ini menyewa jengkaut untuk mengorek bagi mendalamkan sungai berkenaan namun masalah yang sama berulang.

“Kami tidak mampu kerana kerja petani sahaja. Kami kutip duit seorang RM50 sewa jengkaut untuk korek tetapi sekejap sahaja masalah selesai,” katanya.

Ahmad Fuzi Bahari, 62, pula berkata, bila musim menanam, petani di kawasan berkenaan kerugian sehingga RM1,000 setiap relung kerana mereka tidak dapat mengusahakan sawah.

“Sekarang sudah masuk musim buat bendang tetapi tengoklah bendang kami macam laut sahaja penuh air.

“Macam mana nak tabur benih kalau macam ini sedangkan pada masa yang sama kami berhutang benih padi dan baja daripada pihak MADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda). Kali terakhir pihak tersebut menyelenggara sungai itu adalah tujuh tahun lepas,” jelasnya.

Ahmad Fuzi Bahari, 62, pula berkata, mereka menaruh harapan tinggi agar masalah saliran dapat diselesaikan segera bagi mengelak petani kerugian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini