KPM tumpu latih guru ajar subjek AI

KPM tumpu latih guru ajar subjek AI

FADHLINA Sidek bergambar bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Alawiyah, Kangar, Perlis semasa kunjungannya semalam. – UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kementerian Pendi­dikan memberi tumpuan terha­dap kompetensi dan latihan bu­at golongan guru di negara ini bagi mendidik murid-murid khu­susnya dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI).

Bagi tujuan itu, sekolah-sekolah di kawasan luar bandar juga tidak akan ketinggalan menjadi sebahagian daripada komuniti digital dalam meningkatkan keupayaan murid dalam bidang berkenaan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, murid-murid sekolah perlu terus dibimbing dalam bidang AI berikutan mereka mempunyai keupayaan cukup tinggi berdasarkan kepada input dan inovasi yang dihasilkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Disebabkan itu, dalam aspirasi kita, guru-guru mesti kompeten dan kita berikan tum­puan kepada kompetensi serta latihan buat golongan pendidik untuk memandu anak-anak murid dalam AI,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Alawiyah, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Fadhlina ber­kata, selain memperkasakan AI di sekolah, kementerian juga telah mengupayakan Pusat Ke­giatan Guru dan Pelantar Pendidikan Digital (DELIMa) yang seharusnya digunakan sepenuhnya oleh murid serta guru.

“Jadi Pelantar DELIMa ini se­wajarnya menjadi medium utama untuk meningkatkan ke­upayaan digital dan inovasi me­reka,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai lawatannya ke Perlis, Fadhlina berkata, segala perancangan yang diatur dalam lawatan kerjanya itu berjalan dengan baik khususnya melibatkan beberapa program yang turut diser­tai pemangku Raja Perlis, Tuan­ku Syed Faizuddin Jamalullail. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini