Sindiket Geng Wong tumpas, babit rampasan RM51.2 juta

Sindiket Geng Wong tumpas, babit rampasan RM51.2 juta

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menunjukkan antara kenderaan mewah yang dirampas hasil cuci duit sindiket penipuan pelaburan Forex yang ditumpaskan polis baru-baru ini pada sidang akhbar di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini semalam. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket penipuan pelaburan Forex dan mata wang kripto melalui penahanan 10 individu dengan membabitkan nilai rampasan dan sitaan RM51.2 juta, baru-baru ini.

Kesemua suspek warga tempatan terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita berusia antara 28 hingga 51 tahun itu ditahan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Urus Setia Pejabat KPN, Bukit Aman di sekitar Lembah Klang pada 13 Mei hingga 21 Mei lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan mendapati sindiket yang menjalankan penipuan pelaburan Forex GHC berpangkalan di sebuah negara Asia sejak 2017 itu dikesan memindahkan hasil keuntungan jenayah ke negara ini melalui pengurup wang haram tidak berdaftar serta transaksi kripto.

Katanya, sindiket yang didalangi lelaki berusia 43 tahun itu menjalankan aktiviti pengubahan wang haram dengan membida dan membeli nombor pendaftaran eksklusif serta klasik yang bernilai tinnggi sebelum menjualnya kepada pihak lain.

“Sindiket ini juga dikesan mencuci duit dengan jual dan beli jam tangan serta beg tangan mewah selain melaburkan wang dalam perladangan buah durian seluas 100 ekar.

“Mereka menggunakan pengurup wang tidak berdaftar bagi menukarkan kripto kepada tunai bagi mengaburi mata pihak berkuasa selain dipercayai membeli hartanah di negara ini,” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ, di sini semalam.

Menurut Razarudin, polis turut menyita sebanyak 129 keping geran kenderaan dengan nombor pendaftaran eksklusif bernilai RM18 juta, 203 buah motosikal berjumlah RM406,000 dan 18 buah kenderaan mewah pelbagai jenama bernilai RM8 juta.

Katanya, pihak polis turut merampas kira-kira 75 utas jam tangan pelbagai jenama bernilai RM10 juta, wang tunai RM503,001 serta 10 beg tangan pelbagai berjenama bernilai RM90,000

“Kita turut menyita wang tunai dalam bentuk mata wang asing iaitu 320,000 Yen (RM9,635), 3,940 Baht (RM506.33) 455 Turkiye (RM66.66) 290 Yuan (RM192.49), 305 USD (RM1,429) 27,000 Won (RM93.50), 200 SGD (RM696), 200 AUD (RM628) serta 10 buah buku cek, 12 telefon bimbit dan peralatan komputer.

“Sebanyak 33 akaun bank berjumlah RM10.7 juta dan mata wang kripto RM3.5 juta juga disita dengan jumlah keseluruhan adalah RM51.2 juta,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×