Beregu Malaysia lakar sejarah libas Thailand

Beregu Malaysia lakar sejarah libas Thailand

GANDINGAN Aidil Aiman Azwawi dan Noraizat Nordin melakar sejarah menumpaskan Thailand dalam aksi final acara beregu di Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gandingan Aidil Aiman Azwawi dan Noraizat Nordin melakar sejarah menumpaskan Thailand dalam aksi final acara beregu di Piala Dunia Sepak Takraw 2024, sebentar tadi.

Dalam pertarungan sengit itu, Malaysia menang 17-16, 15-13, sekali gus menjadi pemenang sulung bagi acara beregu yang kali pertama dipertandingkan di Piala Dunia Sepak Takraw.

Kejayaan Aidil Aiman dan Noraizat itu diiringi dengan sorakan padu penyokong Malaysia di Stadium Titiwangsa, sekali gus menenggelamkan aksi duo Thailand, Seksan Tubtong dan Kittiphum Sareebut.

“Ini adalah persembahan terbaik pasukan Malaysia menentang Thailand, Alhamdulillah syukur sangat. Noraizat banyak membantu dalam perlawanan ini dengan kawalan bola kemas dan hadangan menarik.

“Kita kurang buat kesilapan, biarpun Thailand cuba kejar pada set pertama, namun kami dapat kawal permainan dengan baik untuk menang set pertama dan bawa momentum ke set kedua.

“Sebelum ini Seksan pernah melatih kami untuk satu ketika, jadi kami dapat baca servis dia untuk pastikan kawalan bola dalam keadaan baik,” kata Aidil Aiman selepas perlawanan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×