Elak pokok tinggi, besar di Kuala Lumpur

Elak pokok tinggi, besar di Kuala Lumpur

KEJADIAN pokok tumbang pada 7 Mei lalu di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, wajar dijadikan pengajaran. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEJADIAN pokok tumbang di bandar raya Kuala Lumpur terus berlaku terutama ketika musim hujan lebat. Meskipun ia jarang berlaku, namun kehilangan nyawa dalam kejadian pada 7 Mei lalu wajar menjadi pengajaran.

Saya pernah menulis mengenai pokok tumbang khusus di sekitar Wangsa Maju dan kawasan yang berhampiran dengannya, beberapa tahun lalu. Walaupun pihak berwajib mengambil tindakan susulan dan kerja pemotongan dahan pokok berkaitan, namun tindakan yang diambil tidak begitu menyeluruh dan berkesan kerana masih terdapat pokok-pokok besar berusia lebih 40 tahun.

Beberapa perkara perlu dijadikan panduan atau formula penanaman pokok landskap dalam bandar. Antaranya:

– Tidak perlu menanam pokok yang boleh tumbuh membesar melebihi 25 kaki (762 sentimeter (cm) di tepi jalan dalam kawasan perumahan. Cukup sekadar tanam pokok jenis spesies yang tingginya sederhana sebagai peneduh dan landskap yang sederhana. Sekiranya pokok berkenaan tumbuh melebihi 25 kaki, maka sewajar dipotong dahannya supaya menjadi rendah semula.

– Pastikan ukuran lilit batang tidak melebih 100 cm sahaja.

– Jika ada pokok- pokok yang condong maka ia perlu segera di tebang atau potong dahan bagi mengurangkan beban berat yang tidak seimbang kerana berpotensi tumbang pada bila-bila masa walaupun tiada ribut.

– Sewajarnya juga ketinggian pokok-pokok landskap atau peneduh sewajarnya ditetapkan tidak melebihi ketinggian bangunan tiga tingkat terutama di kawasan kediaman, kawasan komersial dan pejabat.

– Pokok buah-buahan tempatan patut dijadikan pokok landskap kerana ia tidak akan tumbuh melebihi 30 kaki (914.4 cm), kurang daun, buah tidak bahaya dan tidak bersifat mengotorkan.

Justeru, pihak berwajib mungkin boleh pertimbangkan cadangan ini agar kejadian seperti ini tidak lagi berulang di masa depan.-UTUSAN

TEROPONG DO RE MI
Setapak, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×