Sijil halal bantu Smokey melangkah lebih jauh

Sijil halal bantu Smokey melangkah lebih jauh

HASRIZAL Hamar bersama rangkaian produk minumannya, Smokey tea.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empayar Teguh Niaga Sdn. Bhd, menerusi produk Smokey Tea dan Smokey Chips berhasrat mengorak langkah lebih jauh apabila memiliki sijil halal daripada Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) pada April lalu.

Pengasas Empayar Teguh Niaga Sdn. Bhd., Hasrizal Ha­mar berkata, beliau menye­dari kepentingan pensijilan halal di dalam industri maka­nan dan minuman ketika mengeluarkan produk Smo­keys.

“Apabila produk mempunyai pensijilan halal, ia boleh pergi lebih jauh, bukan sahaja untuk pasaran tempatan malah pasaran di peringkat antarabangsa.

“Ia terbukti  telah memudahkan saya untuk menawarkan produk ke pasar raya kerana mereka mengutamakan produk yang telah mempunyai pensijilan halal,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, produk Smokeys telah di bekalkan ke ST Rosyam Mart cawangan Semenyih dan baru sahaja selesai memeterai perjanjian terma perdagangan (TTA) bersama Pasaraya HERO dan sedang menunggu kelulusan pembukaan akaun dengan pasaraya tersebut.

“Buat masa ini, kami dalam proses penyediaan stok untuk 28 cawangan pasaraya HERO bagi produk Smokeys dan ia akan ditempatkan seawal Jun atau Julai tahun ini,” ujarnya.

Katanya, bagi pasaran luar pula pihaknya telah mulakan kerja-kerja pemasaran dan promosi di Indonesia dan Kanada sejak tahun lalu.

Menurut Hasrizal, terdapat enam produk Smokeys kini telah didaftarkan kod unik atau ‘Stock Keeping Unit’ (SKU) yang merangkumi Smokey Tea dan Smokey Chips.

“Smokey Tea mempunyai lima perisa iaitu Smokey Tea Preto (RM6.90), Smokey Tea Hazelnut (RM6.90), Smokey Tea Banana (RM6.90), Smokey Tea Ginger (RM6.90), Smokey Tea Premix 3 dalam 1 (RM18.50) serta satu Smokey Chips 2  dalam 1 (RM12.50),” katanya.

Tambahnya, Empayar Teguh Niaga juga dalam proses untuk menjadikan kilangnya sebagai pengeluar produk tulen (OEM) bagi usahawan-usahawan di luar sana.

“Saya berhasrat menjadikan kilang kami sebagai kilang OEM untuk bantu para usahawan membuat produk jenama sendiri,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×