Motif dua lelaki ceroboh Istana Negara masih disiasat

Motif dua lelaki ceroboh Istana Negara masih disiasat

RUSDI MOHD. ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Siasatan masih dilakukan polis bagi mengenal pasti motif sebenar dua lelaki yang cuba menceroboh Istana Negara di Jalan Sultan Abdul Halim di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif suspek bertindak sedemikian.

Media sebelum ini melaporkan, polis menahan dua lelaki yang cuba menceroboh Istana Negara di Jalan Sultan Abdul Halim bersama sebilah parang.

Dalam kejadian pukul 4.40 petang itu, anggota polis menahan sebuah kereta Perodua Kembara yang cuba memasuki Pintu 3, Istana Negara atas tujuan untuk berjumpa  Yang di-Pertuan Agong. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×