Pemancing hilang dijumpai lemas di Tasik Pedu - Utusan Malaysia

Pemancing hilang dijumpai lemas di Tasik Pedu

MAYAT diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya setelah mangsa ditemui lemas di Empangan Tasik Pedu, Kuala Nerang di Padang Terap.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang pemancing yang dilaporkan hilang di Empangan Tasik Pedu, Kuala Nerang sejak Khamis lalu ditemukan lemas pada pagi ini.

Mangsa, Ooi Swee Hin, 41, dijumpai pada pukul 8.05 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang menyambung misi pencarian sempena hari keempat, hari ini.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Ahmad Aminudin Abd. Rahim berkata, mayat ditemukan terapung kira-kira 1.5 kilometer (KM) dari lokasi dia terjatuh.

“Operasi SAR disambung semula sejak pukul 7.42 pagi ini setelah ditangguh pada pukul 6.30 petang semalam. Mayat ditemui ketika kita melaksanakan operasi melalui teknik pencarian permukaan.

“Mangsa dibawa ke darat kira-kira sejam kemudian untuk diserahkan kepada pihak polis bagi membolehkan proses bedah siasat dilaksanakan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) hari ini,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, operasi mencari mangsa berdepan cabaran berikutan kedalaman tasik mencapai sehingga 40 meter, selain mempunyai banyak tunggul kayu di dasar.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang Khamis lalu, mangsa terjatuh ke dalam tasik selepas bot dinaiki bersama rakannya, Lim Yew Leong, 55, dibadai alun air tasik yang kuat.

Yew Leong yang terselamat dalam kejadian itu terpaksa berpaut pada tunggul kayu lebih sejam sebelum diselamatkan tekong bot lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×