HBN: Terap konsep Malaysia Madani dalam kalangan belia - Utusan Malaysia

HBN: Terap konsep Malaysia Madani dalam kalangan belia

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail merasmikan Sambutan HBN Peringkat Negeri Perlis Tahun 2024 di Dataran Lok 9, Kuala Perlis, hari ini.-UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Penganjuran Sambutan Hari Belia Negara (HBN) yang menggunakan tema ‘Yakin Boleh’  tahun ini merupakan hasrat kerajaan bagi memastikan nilai-nilai yang diterapkan melalui konsep Malaysia Madani dapat dipupuk dalam kalangan belia.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, penganjuran program dan aktiviti bersempena sambutan berkenaan yang berfokuskan kepada 10 Gaya Hidup Rakan Muda adalah bertujuan untuk mengisi masa lapang dan muncungkil bakat golongan muda di negara ini.

Beliau berkata, pelaksanaan sambutan itu juga dapat mendedahkan kepada gongan belia berhubung peranan mereka dalam membina semula negara ini.

“Kalau kita hanya fokus kepada akademik dan kecemerlangan, mungkin ada belia akan merasa tersisih.

“Jadi hasrat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Rakan Muda dapat membantu dalam menyediakan pelbagai platform dan ruang untuk mengakses bakat-bakat golongan ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Sambutan HBN Peringkat Negeri Perlis Tahun 2024 di Dataran Lok 9, Kuala Perlis, di sini, hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Mengulas lanjut, Hannah berkata, objektif penganjuran HBN 2024 adalah bertujuan bagi memberikan penghargaan dan pengiktirafan khusus buat golongan belia yang memainkan peranan signifikan dalam pembangunan negara.

“Penganjuran sambutan HBN ini diyakini dapat memperkukuhkan potensi modal insan belia sebagai pemacu pembangunan strategik negara dan memperluaskan akses belia kepada inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×