Peluang terbaik tamat dominasi Thailand

Peluang terbaik tamat dominasi Thailand

ISTAF memutuskan sistem kiraan mata sepak takraw kepada kepada sistem 15 mata.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penguasaan Thailand dalam sukan sepak takraw dijangka berakhir selepas pengenalan sistem kiraan mata baharu yang diperkenalkan Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF).

Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa bermula 18 hingga 26 Mei ini akan menjadi kejohanan pertama pelaksanaan sistem kiraan 15 mata dengan satu servis.

Bekas perejam kebangsaan, Azlan Mubin berkata, percaya dengan pelaksanaan sistem baharu itu, ia dapat mengganggu rentak servis tekong Thailand yang sinonim dengan ‘servis kuda’ yang konsisten.

“Kelebihan Thailand adalah menerusi servis mereka. Jadi, dengan sistem 15 mata dengan satu servis ini pasti akan membantu pasukan-pasukan lain termasuk Malaysia memecahkan momentum tekong Thailand.

“Secara peribadi saya percaya dengan pelaksanaan sistem mata yang baharu ini, ia sepatutnya boleh menamatkan dominasi Thailand dan di edisi Piala Dunia kali ini adalah peluang terbaik.

“Seperti kita tahu, servis tekong Thailand sangat konsisten khususnya pada saat akhir atau saat genting, mereka berani buat percaturan. jadi bila hanya satu servis kali ini, situasi berbeza berlaku,” kata Azlan ketika ditemui pemberita.

Mengulas mengenai peluang skuad negara pada Piala Dunia kali ini, Azlan berkata, skuad Thailand kali ini dibarisi rata-rata muka baharu sekali gus membuka peluang untuk Malaysia melakar kejutan.

“Dari segi undian, semua pasukan negara baik dari acara double, regu mahupun berpasukan, kita tidak akan bertemu Thailand di pusingan awal dan jika bertemu sekalipun hanya di final.

“Mereka sudah mengumumkan muka baharu dan hanya Sitthipong Khamchan dan Siriwat Sakha pemain paling senior.

“Kita boleh lihat mereka juga seperti terdesak memanggil semula jurulatih Seksan Tubtong yang sebelum ini melatih pemain double negara…mereka panggil balik untuk bantu skuad kebangsaan mereka,” kata Azlan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×