KKM rancang kuatkuasa Akta 852 sepenuhnya mulai Jun ini

KKM rancang kuatkuasa Akta 852 sepenuhnya mulai Jun ini

DZULKEFLY Ahmad ketika Majlis Pelancaran Kajian NHMS & GATS Malaysia 2023 di KKM, Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) merancang untuk menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] sepenuhnya berserta peraturan dan perintah di bawahnya mulai bulan depan.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, langkah KKM yang mewartakan Akta 852 bermula 2 Februari lalu adalah dalam usaha mengekang penggunaan produk tembakau serta mengurangkan kemudaratan akibat merokok dan penggunaan lain-lain produk tembakau termasuk rokok elektronik atau vape.

“Kita harapkan dengan perintah dan peraturan (ini) kita akan dapat tangani peningkatan rokok elektroknik atau vape dalam kalangan orang muda,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, beliau melancarkan Hasil Penyelidikan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dan Permintaan Jagaan Kesihatan serta Global Adult Tobacco Survey (GATS) Malaysia 2023.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata, kajian GATS 2023 menunjukkan peningkatan peratus pengguna rokok elektronik atau vape yang amat ketara terutamanya dalam kalangan orang dewasa yang berusia kurang 50 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini