Guna flexi bag sorok 70,000 liter diesel dalam kontena

Guna flexi bag sorok 70,000 liter diesel dalam kontena

ANTARA diesel dirampas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor dalam serbuan di kawasan tanah lapang di Pulau Meranti, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUCHONG: Helah sindiket menyeludup minyak diesel bersubsidi menggunakan beg jenis flexi dibongkar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor dalam serbuan di kawasan tanah lapang di Pulau Meranti, di sini, malam tadi.

Difahamkan, flexi bag itu mampu memuatkan lebih 70,000 liter minyak diesel dan mengembang mengikut bentuk tempat disimpan dalam konteks sindiket ini di dalam lori kontena.

Pengarah KPDN Selangor, Mohd. Zuhairi Mat Radey berkata, serbuan dilakukan Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) kira-kira pukul 10 malam.

Katanya, dalam serbuan tersebut, sebanyak 98,400 liter bahan api disyaki diesel dengan anggaran nilai rampasan sejumlah RM211,560 dirampas.

“Kes   diserahkan kepada KPDN Selangor untuk tindakan siasatan di bawah Op Tiris 5.0. Kawasan lapang tersebut dipercayai dijadikan tempat pemindahan minyak diesel dari lori kecil yang diubah suai dengan tangki plastik yang berisi bahan api untuk dipindahkan ke dalam badan lori kontena.

“Semasa serbuan dilakukan, didapati berlaku aktiviti memindah bahan api disyaki diesel daripada lori jenis kecil ke motor lori tangki (dan seterusnya dipindahkan lagi ke lori kontena,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi serbuan di Pulau Meranti di sini, hari ini.

Menurutnya, seramai empat individu merupakan warga tempatan berusia lingkungan 43 tahun hingga 45 tahun itu didapati berperanan sebagai pemandu lori dan pembantu (kelindan lori) turut ditahan. 

“Semakan mendapati empat individu yang ditahan gagal mengemukakan kebenaran menyimpan dan membawa minyak diesel.

“Susulan itu, kes serahan ini diterima KPDN Selangor untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi siasatan dan rakaman percakapan,” katanya.

Tambah beliau, tindakan sita diambil membabitkan sebuah lori tanker berisi 27,000 liter diesel, sebuah lori bonded yang membawa dua tangki plastik (1,400 liter diesel) dan sebuah lori kontena (70,000 liter diesel).

“Peralatan lain turut dirampas termasuk alat mengepam minyak dan hos penyambung disyaki digunakan untuk aktiviti menyedut bahan api secara tidak sah yang membawa jumlah mencecah RM400,000,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×