Selangor FC minta polis dedah siasatan kes Faisal

Selangor FC minta polis dedah siasatan kes Faisal

DATUK Seri Shahril Mokhtar ketika ditemubual pemberita selepas melawat Faisal Halim di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor hari ini- FOTO/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) berharap pihak polis  mengumumkan hasil siasatan terkini berhubung kes membabitkan pemain Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim.

Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, polis perlu memaklumkan perkembangan terkini kes itu kerana rakyat Malaysia mahu mengetahui situasi semasa kes tersebut.

“Kes masih lagi berjalan tapi saya harap (polis) siasat betul-betul kes ini. Saya juga harap Ketua Polis Negara boleh maklum siasatan kes ini daripada masa ke semasa kerana Faisal adalah hero negara dan mempunyai ramai pengikut,” katanya selepas melawat Faisal di sebuah hospital swasta.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan pemain yang terkenal dengan gelaran ‘Mickey’ itu disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 5 Mei lalu.

Sementara itu, Shahril memaklumkan polis sudah dua kali mengambil keterangan Faisal, yang mana kali terakhir keterangan pemain itu diambil pada minggu lepas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×