Tim Media yang menggabungkan para pengamal media dalam talian, agensi Kementerian Komunikasi, syarikat cetak dan artis bebas sekali lagi melakarkan kejayaan dalam siri jelajah perlawanan sepak takraw persahabatan.
Kali ini pasukan itu menewaskan Pilihan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 5-4, Jumaat lalu.
Ia merupakan kemenangan kedua Tim Media yang sebelum ini menumpaskan Pilihan Universiti Teknologi Mara (UiTM) 4-2 pada 4 Mei lalu.
Dipimpin Khairul Azra Ghazali, Tim Media turut membariskan Alisaifuddin Kamis, Noormanshah A. Rahman, Mohamed Syamsul Adlien Md. Nazri, Nazizul Najhan Saarani, Mohd. Azrol Abdul Majid, Khairul Idlan Abd. Razak, Khairul Faizee Mahmod dan Wan Mohd. Noraffandi W. Mohd. Ghazali.
Perlawanan Tim Media dan Pilihan UIAM ini turut menyaksikan penampilan sulung dua pendatang baharu, Pian Hafiz Piramele dan Ahmad Faez Ahmad Hilmi masing-masing dari agensi Kementerian Komunikasi. – UTUSAN











