17 haruman mewah tersimpan dalam gua

17 haruman mewah tersimpan dalam gua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBUT sahaja gua, pasti kita membayangkan suasana gelap-gelita, sempit, dipenuhi kelawar dan berbau.

Namun, terdapat satu gua di zon segi tiga emas di Kuala Lumpur yang menawarkan pemandangan dan pengalaman berbeza.

Berlatarbelakangkan warna putih, gua moden dan istimewa ini membawa pengunjung ke alam sofistikated serta penuh kemewahan.

Lebih-lebih lagi apabila pancaindera diselubungi aroma 17 pilihan wangian avant-garde dan terbaik dunia bersama eliksir mengujakan.

Demikian perasaan pengunjung apabila melangkah masuk ke butik perdana jenama kecantikan mewah, Trove di TRX yang berinspirasikan gua baru-baru ini.

Seolah-olah menyertai kembara kemegahan deria apabila melihat himpunan haruman seperti Etat Libre d’Orange, Le Galion, Lubin Paris, Moresque, Mendittorosa dan Francesca Bianchi.

Setiap satunya membangkitkan tema dan naratif mewah, justeru, tidak hairanlah apabila ia turut menjadi pilihan bintang Hollywood popular zaman 50-an, Marilyn Monroe di samping wangian rasmi di kelab malam terkemuka di New York.


Haruman kegemaran lagenda itu ialah Sortilege daripada koleksi Le Galion buatan Paris.

Ia dihasilkan menerusi gabungan aldehid, melati, kenanga dan kayu cendana, sekali gus menyuntik aroma feminin, misteri, penuh berkeyakinan, sensual dan elegan pada si pemakai.

Manakala koleksi paling laris ialah Etat Libre d’Orange, yang didatangkan dengan 33 jenis haruman berbeza antaranya the ghost in the shell, your or someone like you dan she was an anomaly.

Istimewanya, haruman ini bersifat uniseks dan boleh digunakan oleh kaum adam dan hawa.

Setiap minyak wangi berharga dari RM220 hingga RM2,000 untuk saiz tertentu.

Selain haruman memukau, Trove turut menawarkan produk penjagaan muka, rambut dan gigi yang mewah kepada pelanggan.

Rahsia jelita Beyonce, Kim Kardashian
TAHUKAH anda rahsia di sebalik wajah glowing, segar dan awet muda penyanyi berusia 42 tahun, Beyonce?

Ia adalah dengan menggunakan produk penjagaan wajah serba mewah dunia iaitu Dia mond daripada Natura Bisse.

Koleksi yang diiktiraf sebagai penyelesaian global kepada masalah anti penuaan ini turut dijual di butik Trove.

Formulasinya membolehkan kulit si pemakai mendapat tenaga yang cukup untuk tampil lebih muda.

Harga koleksi ini bermula daripada RM400 hingga RM3,160.

Bukan sahaja Beyonce, malah ia turut menjadi dambaan selebriti terkenal seperti, Gwyneth Paltrow.

Antara produk penjagaan wajah lain ialah Espa, Cellcosmet, Margy’s Monte Carlo, Niance dan QMS Medicosmetics.

Butik Trove di TRX merupakan yang ketiga selepas pembukaan sulung di Starhill dengan bertemakan ombak dan terumbu karang.

Manakala butik kedua pula terletak di Pavilion Damansara Heights yang mengangkat tema pulau terpencil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×