ZTE Corporation rekod pencapaian kepantasan 5G sehingga 28 Gbps - Utusan Malaysia

ZTE Corporation rekod pencapaian kepantasan 5G sehingga 28 Gbps

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Mohamad Salim Bin Fateh Din (empat dari kiri) dan Pengarah Urusan ZTE Malaysia, Steven Ge (enam dari kiiri) dalam pelancaran percubaan lansung 5G-A terpantas dalam Malaysia Books of Record (MBR).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyedia terkemuka global bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi, ZTE Corporation berjaya rekodkan kelajuan pencapaian internet sehingga 28 Gbps dalam teknologi rangkaian 5G.

Pengarah Urusan ZTE Malaysia, Steven Ge berkata, kejayaan tersebut dapat menetapkan penanda aras baru bagi ZTE untuk memperkasakan pengendali rangkaian dalam menyampaikan kelajuan pencapaian internet yang tiada tandingan.

Menurutnya, kemajuan ZTE dalam rantaian pencapaian internet itu terhasil daripada kerjasama strategik dengan Digital Nasional Berhad dan Telekom Malaysia (TM).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Peningkatan kelajuan pencapaian ini dapat mewujudkan peluang baharu untuk perniagaan, membuka jalan bagi aplikasi inovatif dan pengalaman digital yang lebih baik.

“Selain itu, dengan ada kepantasan internet ini dapat membantu meluaskan pandangan pengguna lebih masa depan,” katanya dalam majlis ‘Membuka Masa Depan Pintar 2024’, yang berlangsung semalam.

Sehubungan itu, katanya, kejayaan itu, menjadikan ZTE Malaysia dalam percubaan langsung 5G-A terpantas oleh Malaysia Book of Records (MBR).

“Dedikasi ZTE terhadap inovasi dicerminkan dalam pelaburan besar kami dalam penyelidikan dan pembangunan, memastikan kami memenuhi standard kualiti dan prestasi tertinggi,” tambahnya.

Katanya, komitmen ini meletakkan ZTE untuk menyesuaikan penyelesaiannya untuk memenuhi permintaan unik strategi 5G Malaysia dan untuk meneruskan sumbangan pentingnya kepada ekosistem digital negara.

Dalam majlis yang sama, ZTE mempamerkan kemajuan termaju dalam pembangunan dan penggunaan infrastruktur 5G pada skala global.

Menurut Ge, teknologi yang ditonjolkan dalam majlis itu bagi membolehkan kesediaan syarikat untuk memenuhi permintaan strategi 5G Malaysia dan mengesahkan penglibatan proaktifnya dalam negara.

Antara inovasi komprehensif termaju ZTE yang dipamerkan ialah teknologi 5G Advanced, Cloud IP dan Redcap yang diyakini dapat memacu kecakapan dan kemampanan dalam operasi perniagaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN