PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia hari ini memeterai perjanjian untuk memperbaharui pengaturan swap dua hala (BSA) dengan Bank of Korea.
Bank pusat berkata, jumlah pengaturan swap dikekalkan sebanyak RM15 bilion/KRW5 trilion, iaitu jumlah yang sama di bawah BSA yang dimeterai pada 2020.
“Pengaturan swap ini adalah untuk tempoh tiga tahun dan boleh dilanjutkan dengan persetujuan bersama antara kedua-dua bank pusat,” menurut kenyataan.
Memuatkan artikel berkaitan…
BSA ini bertujuan untuk menggalakkan lagi perdagangan dua hala antara kedua-dua negara serta mengukuhkan kerjasama kewangan antara Korea dengan Malaysia. – UTUSAN











