MotoGP: Martin tawan litar Le Mans

MotoGP: Martin tawan litar Le Mans

Jorge Martin mengukuhkan kedudukannya dalam senarai pendahulu MotoGP selepas memenangi perlumbaan di Le Mans, Perancis, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
 LE MANS: Pelumba Sepanyol, Jorge Martin menutup tirai lumba minggu ini dengan sempurna dan mengukuhkan kedudukannya dalam senarai pendahulu MotoGP selepas memenangi perlumbaan di Perancis, semalam.
Dia yang menang perlumbaan sprint kelmarin bagaimanapun diberi tentangan sengit dengan musuh ketat, Francesco Bagnaia sebelum Marc Marquez yang bermula di petak 13 bangkit untuk memintas di akhir pusingan untuk menghuni tempat kedua.
Martin yang menunggang Pramac Ducati kekal mendahului 129 mata diikuti Bagnaia 38 mata dan Marquez tempat ketiga ketinggalan dua mata di belakang tempat kedua. – UTUSAN
KEPUTUSAN
1. Jorge Martin (ESP/Ducati-Pramac) 41:23.709, 2. Marc Marquez (ESP/Ducati-Gresini) at 0.446, 3. Francesco Bagnaia (ITA/Ducati) 0.585, 4. Enea Bastianini (ITA/Ducati) 2.206, 5. Maverick Vinales (ESP/Aprilia) 4.053, 6. Fabio Di Giannantonio (ITA/Ducati-VR46) 9.480, 7. Franco Morbidelli (ITA/Ducati-Pramac) 9.868, 8. Brad Binder (RSA/KTM) 10.353, 9. Aleix Espargaro (ESP/Aprilia) 11.392, 10. Alex Marquez (ESP/Ducati-Gresini) 13.442
KEDUDUKAN PELUMBA
1. Jorge Martin (ESP/Ducati-Pramac) 129 points, 2. Francesco Bagnaia (ITA/Ducati) 91, 3. Marc Marquez (ESP/Ducati-Gresini) 89, 4. Enea Bastianini (ITA/Ducati) 89, 5. Maverick Vinales (ESP/Aprilia) 81, 6. Pedro Acosta (ESP/GasGas-Tech3) 73, 7. Brad Binder (RSA/KTM) 67, 8. Aleix Espargaro (ESP/Aprilia) 51, 9. Fabio Di Giannantonio (ITA/Ducati-VR46) 47, 10. Marco Bezzecchi (ITA/Ducati-VR46) 36
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×