Calon PN  lawat pusat mengundi

Calon PN  lawat pusat mengundi

Calon Perikatan Nasional, Khairul Azhari Saut melawat pusat mengundi pada Pilihan Raya Kecil dun Kuala Kubu Baharu, di SMK Ampang Pecah, di sini hari ini. - utusan / SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut melakukan lawatan ke pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali, di sini.

Khairul Azhari tiba di pusat mengundi itu kira-kira pada pukul 8.30 pagi dengan diiringi pengawal peribadinya.

Beliau sempat menyantuni pengundi yang keluar mengundi di sini.

Khairul Azhari berkata, melalui pemerhatian mendapati jumlah pengundi pada awal pagi kelihatan memberansangkan.

“Saya harapkan (pengundi) segera keluar, takut kalau petang ini hujan dan sebagainya. Saya mohon pengundi (laksanakan) tanggungjawab kita sebagai pengundi serta rakyat Malaysia.

“Barisan mengundi terutama saluran tiga (di sini) tidak putus-putus. Jadi Alhamdulilah, petanda yang baik untuk pengundi di sini. Kita harapkan peratusan keluar mengundi lebih besar daripada sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini.

Untuk rekod, sebanyak 39,352 pengundi akan keluar mengundi hari ini bagi menentukan kemenangan dalam persaingan empat penjuru di PRK Kuala Kubu Baharu.

Khairul Azhari berhadapan dengan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Mengulas lanjut, Khairul Azhari berkata, beliau mengharapkan kemenangan berpihak kepada PN.

“Saya agak yakin dengan kerja kita dalam tempoh dua minggu terakhir ini dapat mencapai sesuatu yang baik untuk PN,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×