Takut ditangkap khalwat, pemandu Myvi terbabas masuk

Takut ditangkap khalwat, pemandu Myvi terbabas masuk sungai

KERETA Perodua Myvi yang terbabas ke dalam sungai di Paya Lebar, Masjid Tanah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Khuatir ditangkap khalwat bersama pasangannya dalam kereta, seorang lelaki berusia 30 tahun memecut laju kereta Perodua Myvi dipandunya sehingga terbabas ke dalam sungai di Paya Lebar, Masjid Tanah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, pemandu terlibat bertindak demikian setelah berselisih dengan sebuah kereta peronda polis di Hutan Simpan Masjid Tanah kira-kira pukul 9.30 malam.

Jelasnya, semakan mendapati lelaki itu mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan dadah, namun tiada barang salah ditemukan dalam kereta berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiba di Paya Lebar, kereta tersebut terbabas ke dalam sungai dan pemandu kenderaan terus melarikan diri dengan berenang ke seberang.

“Polis yang tiba di tempat kejadian telah membuat pemeriksaan ke atas kenderaan berikut, namun tidak menjumpai barang salah, namun pemandu mempunyai rekod lampau iaitu tiga rekod dadah. Di dalam kenderaan itu juga terdapat seorang perempuan berumur 26 tahun.

“Lelaki itu disyaki melarikan diri kerana takut ditahan pihak polis kerana berkhalwat dengan teman wanita yang baharu dikenali dalam kereta,” katanya kepada pemberita.

Tambah Ashari, kereta itu terbabas sendiri dan tiada sebarang kemalangan melibatkan kenderaan lain.

Ujarnya, teman wanitanya dihantar ke rumah ibu saudara perempuan itu di Telok Gong dan tiada sebarang tangkapan serta rampasan dibuat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini