Jovian Mandagie tutup operasi perniagaan selepas 17 tahun - Utusan Malaysia

Jovian Mandagie tutup operasi perniagaan selepas 17 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas 17 tahun dalam industri, jenama fesyen terkenal tempatan, Jovian Mandagie akan menutup operasi Jovian Mandagie Couture dan Jovian Ready To Wear (Jovian RTW).

Menurut media sosial Instagram milik pengasasnya, Datuk Jovian Mandagie, operasi Jovian Mandagie Couture dan Jovian RTW akan ditutup dalam tempoh dua minggu akan datang.

“Selama ini kami telah melancarkan banyak koleksi pakaian dan digunakan oleh berjuta pembeli di Malaysia.

“Walaubagaimanapun, seiring peredaran masa, saya menyedari bahawa saya bersedia untuk perubahan, untuk meneroka perkara yang benar-benar mendorong saya.

“Industri fesyen telah berkembang, dan begitu juga saya beralih daripada pereka fesyen kepada ahli perniagaan.

“Dengan mengambil kira perkara ini, kami telah memutuskan untuk menutup sementara operasi,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Menerusi hantaran tersebut, Jovian turut mengucapkan penghargaan terima kasih kepada kakitangan, pembekal, rakan kerjasama, selebriti dan rakan kongsi.

“Bekerja dengan pasukan yang berdedikasi dan luar biasa adalah satu penghormatan dan saya berbangga untuk memanggil anda sebagai ahli keluarga,” katanya. 

Jenama Jovian Mandagie mempunyai beberapa cawangan kedai yang terletak di Shah Alam, Bangi, Berjaya Times Square, IOI Putrajaya, Pavilion Elite Kuala Lumpur dan Melawati Mall.

Mereka juga mempunyai dua kedai berkonsep ‘pop-up’ yang terletak di Pusat Membeli Belah KLCC dan SOGO. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×