Kajang dilanda banjir, air paras paha

Kajang dilanda banjir, air paras paha

Kenderaan tenggelam di pekan Kajang akibat hujan lebat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa kawasan sekitar Kajang dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat sejak pukul 5 petang tadi.

Menerusi perkongsian beberapa penduduk setempat di media sosial,  banjir yang berlaku ada setengah-setengah kawasan mencecah  paras paha.

Kawasan berhampiran pasar kajang yang turut dinaiki air.

Beberapa laluan banyak kenderaan  terkandas di tepi jalan kerana tidak boleh dilalui.  Antara kawasan yang dinaiki air tinggi  ialah di pekan Kajang, perumahan di Sungai Kantan dan Masjid Jamek. Beberapa buah kereta dilaporkan turut tenggelam di pekan Kajang.

Seorang wanita warga emas dilaporkan terpaksa diselamatkan bomba selepas rumahnya di Jalan Melur 1, Sungai Kantan dinaiki air.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai tujuh anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dikejarkan ke lokasi kejadian. 

“Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat sebuah rumah didiami seorang wanita warga emas dimasuki air. 

“Anggota bomba bertugas kemudian membawa keluar wanita warga emas berusia 86 tahun berkenaan dari rumahnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia dalam laporan trafik memaklumkan, banjir kilat yang berlaku petang ini turut menjejaskan kawasan  di Kilometer (KM) 25.6 Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) arah Timur dari Countru Height ke Plaza Tol Sungai Ramal.

“Lorong kanan ditutup. Trafik sesak dilokasi.

“Berhati-hati memandu. Sila gunakan laluan alternatif. Pihak kami mohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi ketika ini,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×