Laporan awal nahas helikopter TLDM diumum hari ini

Laporan awal nahas helikopter TLDM diumum hari ini

Laporan awal tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut, Perak pada 23 April lalu akan didedahkan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Laporan awal tragedi dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak pada 23 April lalu akan didedahkan hari ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, laporan itu akan didedahkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, Menteri Pertahanan hari ini (pada mesyuarat Kabinet) telah memberi maklum balas mengenai status laporan awal siasatan nahas itu.

“Beliau (Menteri Pertahanan) memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa laporan awal akan diterbitkan esok (hari ini). Ia hanyalah laporan awal dan belum lagi laporan keseluruhan,” katanya.

Menurut Fahmi, laporan penuh nahas dijangka siap dalam tempoh dua ke tiga minggu akan datang.

Dalam insiden menyayat hati itu, 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter jenis HOM-AW139 dan Fennec yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 di Lumut, Perak.

Berdasarkan video yang tersebar, kedua-duanya dipercayai bertembung ketika hendak membentuk formasi pe­nerbangan raptai lintas hormat yang dirancang berlangsung di ruang udara Pangkalan TLDM Lumut.

Susulan pertembungan berlaku, kedua-dua pesawat terbabit hilang kawalan sebelum terhempas.

Mangsa yang maut terdiri daripada Komander Muhamad Amir Mohamad, Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan, Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi, Komander Muhammad Firdaus Ramli, Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, Pegawai Waran II TLR Muhammad Faisol Tamadun, Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna, Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy dan Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN