Semangat perpaduan resipi kejayaan PRK DUN Kuala Kubu Baharu

Semangat perpaduan resipi kejayaan PRK DUN Kuala Kubu Baharu

SIAPA pun yang akan mengambil alih pimpinan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu perlu memahami rakyat memberi mesej jelaskan inginkan kemakmuran dan kestabilan negara dari sudut ekonomi, sosial dan politik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERPADUAN rakyat Selangor khususnya pengundi di Kuala Kubu Baharu merupakan kunci terhadap kemenangan calon Kerajaan Perpaduan  dalam pilihan raya kecil pada 11 Mei ini.

Kemenangan dalam PRK ini penting bagi memberikan mesej jelas bahawa majoriti rakyat inginkan kemakmuran dan kestabilan negara dari sudut ekonomi, sosial dan politik. 

Hal ini berjaya dibuktikan apabila Kerajaan Perpaduan yang dibentuk melalui kerjasama dan persetujuan gabungan parti dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak memberikan keyakinan terhadap pelabur luar untuk terus melabur di negara ini di samping keyakinan kukuh terhadap tatakelola yang telus dan bebas daripada rasuah mahupun penyalahgunaan kuasa. 

Kesungguhan dan komitmen Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) baru-baru ini jelas menggambarkan tekad menambah nilai pelaburan ke dalam negara berbanding tahun sebelumnya. Bahkan komitmen beliau untuk memastikan pertumbuhan ekonomi mampu meningkatkan pendapatan negara seterusnya mampu memberikan agihan terhadap pelbagai rakyat demi memastikan agenda ekonomi madani menepati sasaran yang dikehendaki. 

Hal ini sebenarnya memberikan keyakinan kukuh buat rakyat untuk terus memberikan sokongan agar agenda dan dasar memperkasakan rakyat dapat diteruskan dengan jayanya.

Sudah tentu agenda ini perlu diterjemahkan melalui sokongan kukuh majoriti pengundi  dalam PRK Kuala Kubu Baharu.

Jika rakyat sentiasa memperkukuhkan perpaduan kaum maka, tidak mustahil kestabilan negara tercapai dan segala hasil kekayaan negara dapat diagihkan dengan adil dan amanah demi memastikan setiap anak-anak Malaysia tidak kira bangsa dapat menikmati kemudahan pendidikan, kesihatan, perniagaan dan lain-lain lagi yang terbaik di dunia. Ini kerana perpaduan kaum adalah ramuan yang terbaik yang mampu dijelmakan oleh semua kaum di Malaysia.-UTUSAN

 

DR. ZURAIMY ALI

Pensyarah Kanan

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)

Universiti Teknologi MARA cawangan Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×