Sentuhan floral malar segar

Sentuhan floral malar segar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CORAK bunga-bungaan tidak luput dek zaman dan sering menjadi pilihan para peminat fesyen di seluruh dunia.

Penampilan si pemakai tampak lebih segar dan menawan apabila menggayakan blaus, jaket, dress, skirt,
beg tangan mahupun tudung floral.

Inspirasi floral itu turut disuntik dalam terbaharu keluaran tudung berjenama Doa Az, Flover.

Pegawai pemasarannya, Siti Fathimah Roseni berkata, ilham itu tercetus kerana corak bunga-bungaan lebih dekat di hati kaum hawa.

Paling penting, corak itu bersifat malar segar dan boleh digunakan sampai bila-bila tanpa perlu bimbang tentang fesyen bermusim.

Sebanyak 20 rekaan berbeza ditampilkan yang merangkumi rona terang, gelap dan pastel.

“Istimewanya, setiap rekaan itu diinspirasikan daripada nama-nama wanita Islam yang bermula daripada
huruf A antaranya Aisha, Aminah, Atiya dan Arisha.

“Pemilihan nama A kerana ia adalah permulaan abjad dan mungkin selepas ini kita pilih huruf B pula untuk koleksi lain,” katanya baru-baru ini.

Tiga selebriti tanah air turut dilantik bagi memperagakan koleksi Flover iaitu Bella Astillah, Uqasha Senrose dan Nadiyah Shahab.

Menggunakan fabrik cotton voile premium dan kemasan bayi, koleksi berharga RM29 ini merupakan yang kedua dikeluarkan jenama itu sempena Aidiladha tidak lama
lagi.

Kali pertama adalah pada Syawal lalu menerusi Gempak Raya yang terjual melebihi sasaran ditetapkan.

Menariknya, 30 peratus daripada hasil keuntungan Doa Az akan diagihkan bagi
membantu golongan kurang bernasib baik.

“Hasil jualan koleksi pertama membolehkan kita menyumbang kira-kira RM100,000 kepada mereka yang memerlukan menerusi penganjuran iftar, agihan pek makanan dan membina sebuah rumah di Sabah.

“Bagi koleksi kedua ini, kita berharap dapat melonjakkan lagi jualan sekali gus meluaskan lagi usaha untuk meringankan beban mereka yang memerlukan,” katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×