Selangor buat pilihan tepat untuk menang

Selangor buat pilihan tepat untuk menang

NORHAMIZAN HAMIDON (kiri) dari Selangor menerima plak pemain terbaik daripada Timbalan Presiden Kriket Perlis, Azmi Jaafar di Victoria Oval, Kuala Lumpur semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perlawanan yang dikurangkan setakat 25 over masih memerangkap Perlis untuk mencari kemenangan pertama apabila tewas dengan 51 larian kepada Selangor dalam Kejohanan Kriket Antara Negeri di Victoria Oval di sini semalam.

Perlawanan 40 over terpaksa dikurangkan berikutan gangguan masa setelah pengadil Sivan Narayanan dan Mathan Kumar Muniandy mendapati padang basah dan laluan pembaling licin bagi aksi dimulakan awal.

Selangor yang memenangi undian, segera memilih jalan selamat untuk memukul dan nyata ia menguntungkan apabila pasukan itu  mengetuk sehingga 184-9 dalam peruntukan maksimum.

”Ini sebagai pengubat keresahan setelah empat pemukul awal bergelut dan gagal di lapangan tengah,” kata pengurus Selangor, Nazruddin Nasir.

Pemukul kelima, Faizshal Niaz-Lyn (49 larian) dan Fadzrin Kate-Lee (31 tanpa tewas) merupakan penyumbang utama bagi tuan rumah sehingga 25 over.

Apabila Perlis mula menghitung larian, dua bekas pemain projek Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Islah Muhaimin Zol (25 larian) dan Salsabila Ibrahim (23) menguasai misi mengejar tetapi tidak berkemampuan mengatasi angka lawan.

Perlis terhenti pukulan setakat 133 larian dalam 24.2 over.

Bagi Timbalan Presiden Kriket Perlis, Azmi Jaafar, sasaran pasukan itu seterusnya untuk memenangi baki perlawanan yang akan menentukan peluang ke pusingan kedua saingan merebut Perisai Raja-Raja itu.

Selangor yang sudah memenangi tiga perlawanan awal menghampiri matlamat bertarung dalam pusingan seterusnya awal September ini.

Pertandingan tahunan anjuran Kriket Melayu mula dipertandingkan sejak tahun 1951. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×