Pengedar dadah cekup bersama pil yaba bernilai RM9,225

Pengedar dadah cekup bersama pil yaba bernilai RM9,225

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Seorang lelaki yang disyaki pengedar dadah dicekup bersama pil yaba bernilai RM9,225 di sebuah bangsal kayu di dalam kebun sawit jalan lama Kota Bharu-Kuala Krai, di sini malam tadi.

Suspek berusia 44 tahun itu ditahan dalam serbuan pada pukul 11.15 malam oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintanden Ahmad Shafiki Hussin berkata, hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek membawa kepada penemuan beg galas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan lanjut ke atas beg galas berkenaan telah menemukan lima paket plastik berisi beberapa pil yang disyaki dadah jenis pil yaba dengan anggaran berat kasar sebanyak 67.65 gram.

“Saringan ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya ketika dihubungi.

Ahmad Shafiki memberitahu, semakan turut mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.

Katanya, suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 10 Mei ini untuk siasatan lanjut-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×