SUSUN atur dan barangannya sangat minimal. Permainan warnanya juga tidak terlalu banyak sekali gus menjadikan kediaman yang satu
ini tampak begitu elegan.
Cukup dilatari dengan dua warna asas sahaja iaitu hitam dan putih, namun susun atur perabot dan sedikit elemen hiasan sudah mampu membangkitkan seri pada ruang.
Kediaman milik Mohd. Azwan Mohd. Ali dan Noorhashimah Hashim ini menekankan konsep minimalis pada keseluruhan ruang bagi memberi efek kemas pada susun atur.
Kata Noorhashimah, gaya hidup sebagai ibu berkerjaya dengan anak-anak yang masih kecil menjadikan beliau memilih konsep demikian yang dianggap lebih praktikal.
“Konsep rumah kami adalah minimalis walaupun tidak memenuhi kriteria 100 peratus.
“Kesibukan kerja dan anakanak yang masih kecil amat mempengaruhi pilihan kami terhadap tema ini. Konsep ini memudahkan kami untuk mengemas rumah dan bajet yang diperlukan tidak terlalu tinggi,” katanya kepada Seri.

pelengkap gaya.
Kelebihan bagi ruang yang menerapkan konsep minimalis atau pun ringkas ini adalah ia akan menjadikan keseluruhan ruangan tampak lebih luas dan dalam masa yang sama kelihatan bersih.
Hanya dengan kehadiran sedikit hiasan seperti pohon hijau sudah cukup membangkitkan seri selain memberikan kontra warna pada keseluruhan ruang.
Seperti kediaman jenis townhouse ini, ia diselitkan dengan beberapa pokok hiasan yang tinggi di beberapa sudut yang berperanan sebagai aksesori ringkas.
“Saya dan suami suka melihat rumah sentiasa bersih tidak banyak barang untuk diuruskan. Kami hanya meletakkan sedikit hiasan supaya nampak lapang, kemas dan tidak menyimpan habuk.
“Kelebihan konsep yang kami pilih ini ialah rumah akan nampak tenang dengan barang yang minimal. Kami juga senang untuk mengemas rumah dan ruang nampak lebih luas,” katanya.

Bagaimanapun daripada segi penjagaan, tidak dinafikan ia memberi sedikit cabaran khususnya dalam memastikan barang-barang sentiasa disusun dengan rapi.










