‘Kenali saya dahulu, baru anda nilaikan’

‘Kenali saya dahulu, baru anda nilaikan’

PANG SOCK TAO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH

MENGURUS persepsi, kritikan dan berdepan perubahan landskap politik menjadi cabaran kepada calon Kerajaan Perpaduan daripada Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao yang mengakui alami debaran kali pertama menjadi calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) dan bertanding di Kuala Kubu Bharu menerusi saingan empat penjuru.

Bersama wartawan Utusan Malaysia, MOHAMAD ATHIR ISMAIL dan jurugambar M. FIRDAUS M. JOHARI beliau berkongsi pandangan dan perancangannya berdepan pilihan raya yang turut diakuinya kali pertama UMNO menyokong DAP.

UTUSAN: Bagaimana merasai debaran kali pertama sebagai calon berbanding sebelum ini membantu kempen dalam siri pilihan raya?
SOCK TAO: Perbezaan itu amat besar sebab dulu masa kita berkempen kepada calon-calon dalam parti kita hanya fokus kepada isu sahaja ataupun perkara-perkara yang ingin dibangkitkan masa kempen. Kali ini saya pula jadi calon, saya tidak sangka serangan terhadap pendirian, fitnah begitu banyak setiap hari membanjiri sosial media.

Apakah perancangan Sock Tao supaya diterima pengundi di sini memandangkan timbul kritikan sebagai calon bukan orang tempatan?
Itu bukan isu utama, sebab saya mewarisi tauladan Lee Kee Hiong yang bertungkus lumus berkhidmat sampai ke akhir hayatnya. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Ramai wakil rakyat, walaupun bukan dilahirkan di kawasan ditandingi, tetapi mereka tetap memberi perkhidmatan terbaik tidak kira pembangkang ataupun kerajaan.

Bagaimana Sock Tao mengurus kritikan apabila mula diserang sejak awal pada pengumuman calon dan seterusnya pada hari pencalonan sehingga sekarang?
Saya ambil pendekatan tidak terganggu dengan segala serangan peribadi dan pendirian terhadap saya. Sebagai orang muda kita tidak patut senang mengalah. Sudah tentu dalam apa kerjaya pun akan ada rakan-rakan dan ahli keluarga bertanya. Tetapi, sebagai anak muda, kena berkeyakinan terhadap impian yang hendak capai.

Sock Tao, PRK Kuala Kubu Bharu adalah pilihan raya pertama UMNO berkempen untuk wakil DAP walaupun dalam Kerajaan Perpaduan, bagaimana penerimaan mereka?
Saya rasa dengan momentum dan komitmen sedia ada, saya yakin persepsi terhadap calon Pakatan Harapan dan saya daripada DAP pasti berubah, ‘tak kenal maka tak cinta’. Bila lebih banyak bermesra dengan penduduk setempat, pasti lebih mengenali bagaimana saya bergaul dan bercakap dengan mereka.

Jadi, bagaimana melihat perubahan persepsi daripada pengundi-pengundi UMNO terhadap DAP?
Sebab, saya yakin pengundi di Kawasan Kuala Kubu Bharu faham pilihan raya ini adalah untuk memilih wakil rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan membawa suara mereka dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Jadi, mereka sedar apakah matlamat PRK dan impak yang akan diterima sekiranya memilih calon pembangkang atau kerajaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN