Mercedes tawar Verstappen kontrak lumayan 

Mercedes tawar Verstappen kontrak lumayan 

Mercedes dilaporkan menawarkan kontrak lumayan untuk memikat Max Verstappen menyertai pasukan itu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Mercedes berpotensi untuk memecahkan rekod dunia untuk menawarkan kontrak kepada pelumba pasukan Formula Satu (F1) Red Bull, Max Verstappen.

Menurut akhbar Britain melaporkan Mercedes sanggup untuk ‘memecah tabung’ sebanyak  £128 juta (RM765.5 juta) untuk memikat juara dunia Formula Satu (F1) itu sebagai pengganti Lewis Hamilton yang akan berpindah ke Ferrari musim depan.

Verstappen kini terikat dengan kontrak bernilai lebih £40 juta (RM 239.2 juta) setahun sehingga penghujung 2028, namun Mercedes nampaknya bersedia untuk melipat gandakan gaji pemain Belanda itu.

Red Bull Racing juga dikejutkan dengan berita bahawa pakar reka bentuknya, Adrian Newey berundur daripada jawatannya dalam pasukan.

Bapa Verstappen, Jos dan pengurusnya, Raymond Vermeulen, dijangka bertemu tiga pemilik pasukan Mercedes F1 iaitu Toto Wolff, Ola Kallenius dan pemegang saham Ineos serta Manchester United, Sir Jim Ratcliffe.

“Tidak, itu salah satu khabar angin. Semua orang membuat pertemuan. Perkara ini sepatutnya dilakukan secara tertutup dan semua yang berlaku di luar sana bukanlah perkara yang betul,” kata Wolff.

Kem Verstappen menjelaskan bahawa mereka sedang menilai pilihan yang ada selepas mempunyai hubungan tegang dengan bos pasukan, Christian Horner.

Hubungan tegang itu tercetus selepas selesai siasatan dalaman yang mana, nama Horner dibersihkan daripada dakwaan kelakuan tidak wajar terhadap rakan sekerja wanita. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×