Handal tagih bakti anak Kedah di perantauan

Handal tagih bakti anak Kedah di perantauan

Muhammad Sanusi Md. Nor bersama sebahagian tetamu yang hadir pada majlis Aidilfitri Anak Kedah di Perantauan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, semalam. – utusan/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM- Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Himpunan Anak Kedah di Perantauan (Handal) yang diperkenalkan bagi mengumpul seramai mungkin rakyat Kedah yang bekerja di negeri lain, menuntut ahlinya memberikan sumbangan tenaga dan kewangan kepada Kedah.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, kerajaan Kedah amat menagih kepakaran rakyatnya, daripada pelbagai sektor untuk membangunkan negeri ke tahap yang lebih baik.

“Kewangan kerajaan negeri tidak banyak tetapi saya yakin dengan bantuan yang diberikan oleh anak Kedah, negeri ini boleh maju selaras dengan gagasan The Greater Kedah yang saya perkenalkan sebelum ini.

“Justeru itu, saya mengajak anak Kedah untuk menjadi ahli Handal supaya gagasan The Greater Kedah dapat direalisasikan,” katanya pada majlis Aidilfitri Anak Kedah di Perantauan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, semalam.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi memberi jaminan bahawa barisan Exco kerajaan negeri akan bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan Kedah maju, setanding negeri lain.

Menurutnya, Pelan Pembangunan Kedah 2035 (Kedah 2035) yang diperkenalkan kerajaan negeri sebelum ini sedang giat dijalankan, dengan harapan semua daerah di Kedah dapat maju.

“Insya-Allah pada 4 Mei ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan datang ke Kedah bagi menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Madani di sini.

“Sebelum ke majlis itu, beliau akan datang ke Wisma Darul Aman untuk berjumpa saya. Dalam perjumpaan itu nanti, saya akan bentangkan pelan pembangunan yang kerajaan negeri rancang untuk dilaksanakan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×