Polis selamatkan empat mangsa pemerdagangan manusia 

Polis selamatkan empat mangsa pemerdagangan manusia 

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABUAN: Empat mangsa pemerdagangan manusia yang dipaksa bekerja sebagai pelayan di sebuah pusat hiburan di sini, diselamatkan polis pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superitenden Mohd. Hamizi Halim berkata, operasi penyelamatan Op Pintas dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Beliau berkata, tiga mangsa diselamatkan di sebuah pusat hiburan di Labuan manakala seorang lagi mangsa diselamatkan di Penampang.

Katanya, semasa melakukan serbuan di sebuah hotel di Labuan, pihaknya menyelamatkan tiga wanita warganegara Filipina yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

“Susulan itu, seorang lagi mangsa yang melarikan diri ke Penampang turut diselamatkan pada 27 April lalu dengan bantuan polis daripada Cawangan D7 Jabatan Siasatan Jenayah IPK Sabah. 

“Kesemua mangsa yang berusia antara 31 tahun hingga 33 tahun dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang iaitu dipaksa bekerja sebagai pelayan di sebuah premis hiburan dalam kawasan bandar Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, dua suspek wanita iaitu seorang warga tempatan berusia 36 tahun dan seorang lagi warganegara Filipina berusia 22 tahun diberkas Jumaat lalu untuk membantu siasatan.

Kedua-dua suspek ditahan reman antara lima hingga tujuh hari bermula 28 April lalu.

Kata beliau, siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×