Ramssol catat prestasi suku tahun terbaik  

Ramssol catat prestasi suku tahun terbaik  

Maybank IB mengekalkan saranan ‘beli’ terhadap Ramssol Group.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ramssol Group Bhd berjaya mencatatkan antara prestasi suku tahun terbaik setakat ini didorong oleh jualan kukuhnya dalam segmen teknologi insan (PeopleTech) yang diterajui pengurusan modal insan (HCM).

Maybank Investment Bank (Maybank IB) berkata, pendapatan teras suku pertama kumpulan itu adalah sebanyak RM4.2 juta dan ia mengatasi unjuran tahun bagi tahun kewangan 2024 sebanyak 47 peratus.

Katanya, perolehan kumpulan itu pada suku pertama meningkat sebanyak 124 peratus dari tahun ke tahun disokong jualan rumusan HCM yang kukuh.

“la disokong oleh rundingan dalam segmen transformasi digital, pemetaan proses perniagaan dan pengedaran lesen HCM di Malaysia dan Thailand,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Jelas Maybank IB, pertumbuhan perolehan adalah kukuh di kedua-dua negara dengan Malaysia mencatatkan pertumbuhan 179 peratus, manakala Thailand mencapai perkembangan 230 peratus dari tahun ke tahun.

“Terdapat juga pengembangan margin pendapatan sebelum faedah, cukai, pelunasan dan susut nilai (EBITDA) yang dipercayai daripada keuntungan tinggi perniagaan pengedaran lesen HCM,” katanya. 

Terdahulu, untung bersih kumpulan itu bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024  meningkat kepada RM4.17 juta berbanding RM2.1 juta setahun sebelumnya.

Hasil kumpulan ini  melonjak 123.48 peratus kepada RM14.42 juta daripada RM6.45 juta pada suku pertama tahun kewangan 2024 berikutan jualan yang lebih tinggi di Malaysia dan Thailand, khususnya dalam rumusan HCM dan aplikasi teknologi.

Dalam pada itu, firma penyelidikan berkata, sebagai pasaran perniagaan ke perniagaan (B2B) dalam talian domestik terbesar untuk motosikal, mereka yakin terhadap prospek segmen Auto Tech bagi tahun kewangan 2024.

“Kumpulan itu juga merancang untuk melancarkan pelbagai inisiatif di bawah segmen People Tech dan MarketingTech pada separuh kedua tahun ini,” katanya.

Maybank IB mengekalkan saranan ‘beli’ dengan harga sasaran (TP) 50 sen sesaham.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×