Axis REIT lupus Axis Steel Centre satu langkah positif

Axis REIT lupus Axis Steel Centre satu langkah positif

AXIS Steel Centre@SiLC di Nusajaya, Johor dimiliki Axis REIT selama sembilan tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penganalisis RHB Investment dan MIDF Research menyifatkan langkah Axis REIT melupuskan Axis Steel Centre@SiLC di Nusajaya, Johor sebagai langkah positif dalam memaksimumkan pulangannya.

RHB Investment berkata, pihaknya memandang positif akan pelupusan aset tersebut pada harga RM162 juta kerana harga bagi setiap kaki persegi yang ditetapkan kelihatan menarik.

“Pelupusan ini juga membolehkan Axis REIT merendahkan paras pinjamannya dan membantu membiayai pengambilalihan aset di Bukit Raja baru-baru ini,” katanya dalam satu nota penyelidikan baru-baru ini.

Nota penyelidikan itu memaklumkan, selepas memiliki aset ini selama sembilan tahun (bangunan ini berusia 14 tahun), pihak pengurusan Axis REIT berpendapat bahawa potensi untuk kenaikan harga sewa mungkin terbatas.

“Hal ini kerana kapasiti semasa bangunan ini yang berfungsi sebagai kemudahan pembuatan. Pada pandangan kami, harga RM138 bagi kaki persegi mengikut kawasan tanah merupakan harga menarik untuk pelupusan ini.

“Kami rendahkan anggaran paras hutang bersih daripada 39 peratus (selepas pengambilalihan yang sedang dijalankan selesai) kepada 36 peratus.

“Selain itu, penurunan ini seharusnya memberi lebih ruang untuk REIT ini mengambil alih aset-aset yang menjana hasil lebih tinggi pada masa depan,” katanya. 

Axis REIT ambil alih kompleks perindustrian, kawasan simpanan Lion Industries berharga RM351.8 juta di Klang.

Baru-baru ini, Axis REIT  mengumumkan telah memeterai perjanjian jual beli untuk melupuskan Axis Steel Centre @ SiLC di Nusajaya yang tidak dihuni kepada sebuah syarikat pengendali pusat data dengan harga berjumlah RM162 juta.

Sementara itu, MIDF Research sedikit positif dengan pelupusan Axis Steel Centre @ SiLC kerana aset tersebut pada masa ini tidak disewakan.

Katanya, aset tersebut dahulunya disewa oleh Yongnam Engineering Sdn Bhd (YESB) yang gagal membayar sewanya.

Sehubungan itu, firma penyelidikan itu berkata, cadangan pelupusan Axis Steel Centre @ SiLC dijangka memaksimumkan pulangan Axis REIT ke atas asetnya kerana aset tersebut tidak menjana pendapatan yang ketara.

“Harga pelupusan RM162 juta adalah lebih tinggi daripada nilai pasaran hartanah sebanyak RM159 juta dan Axis REIT dijangka mencatat keuntungan pelupusan bersih sebanyak RM0.5 juta,” jelasnya.

Kedua-dua firma penyelidikan itu mengekalkan saranan ‘beli’ saham Axis REIT.

RHB Investment bagaimanapun menurunkan harga sasaran (TP) kepada RM2.08 sesaham, manakala MIDF Research menetapkan RM2 sesaham.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×