Tropicana kembali ke pasaran hartanah di Johor

Tropicana kembali ke pasaran hartanah di Johor

MAJLIS menandatangani memorandum kerjasama Tropicana bersama Maybank Islamic dan IKEA Malaysia baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Tropicana Corporation Berhad (Tropicana) kini kembali ke pasaran hartanah Johor selepas kira-kira tiga tahun dengan pelancaran dua projek baharu dalam tahun 2024 yang dipacu oleh pertumbuhan pesat di negeri tersebut.

Pengarah Urusan Pemasaran dan Jualan dan Perniagaan Tropicana, Ixora Ang berkata, Tropicana positif terhadap negeri selatan itu didorong oleh pengumuman beberapa pembangunan penting seperti projek RTS Link dan Zon Ekonomi Khas.

“Tropicana sentiasa mengenal pasti tanah-tanah primer dan tidak ada masa yang lebih baik daripada ini untuk melancarkan projek-projek ini di kawasan selatan,” katanya selepas Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) Tropicana bersama Maybank Islamic dan IKEA Malaysia baru-baru ini.

Jelasnya, Tropicana pada masa ini memiliki tanah sebanyak kira-kira 809.4 hektar di Johor.

“Pada tahun 2010,  Tropicana pertama kali memasuki Johor dengan pengenalan Township Tropicana Danga Bay seluas 14.9 hektar, sebuah pembangunan usahasama dengan Iskandar Waterfront Sdn. Bhd, seterusnya memperkenalkan beberapa pembangunan lain di negeri tersebut,” ujarnya. 

Ixora berkata, kemasukan semula itu adalah selepas tempoh  singkat dua hingga tiga tahun disebabkan oleh penurunan pasaran Johor sebelum ini.

Mengulas lanjut mengenai perancangan Tropicana tahun ini, beliau menyatakan bahawa projek-projek di Johor memiliki dua daripada tujuh pembangunan, manakala yang lain terletak di Lembah Klang, Genting, dan Langkawi.

Katanya, dua projek baharu dijadualkan akan dilancarkan di Johor tahun ini dengan projek pertama dijangkakan dilancarkan pada awal suku ketiga, diikuti oleh yang kedua pada suku ketiga atau suku keempat.

“Projek-projek yang dijadualkan untuk dilancarkan di Johor tahun ini  adalah pembangunan perumahan di Lido Waterfront Boulevard dan Tropicana Uplands. 

“Kami merancang untuk melancarkan pembangunan berkembar tinggi moden dan rumah berkembar premium,” katanya.

Baru-baru ini, syarikat tersebut menandatangani perjanjian jual beli dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor untuk membeli sebidang tanah pajakan di Kota Damansara dengan nilai RM224 juta, berukuran 3.2 hektar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×