PRK Kuala Kubu Baharu: Ini masa BN, UMNO balas jasa PH - Wan Rosdy - Utusan Malaysia

PRK Kuala Kubu Baharu: Ini masa BN, UMNO balas jasa PH – Wan Rosdy

WAN ROSDY Wan Ismail (tiga dari kiri) dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) beramah mesra dengan peniaga pada Karnival Moh Makmur Bera, di Dataran Kerayong di Bera, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu masa untuk Barisan Nasional (BN) membalas jasa Pakatan Harapan (PH) yang telah membantu calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Pelangai sebelum ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pada PRK Pelangai, 7 Oktober tahun lalu, PH mengerah semua tenaga membantu sekali gus membolehkan calon BN menang dengan cemerlang.

“Bagi PRK Kuala Kubu Baharu, inilah masanya UMNO dan BN membalas balik sokongan dan kerja kuat parti daripada PH semasa PRK DUN Pelangai tempoh hari.

“Kita dapati semasa PRK Pelangai, PH ‘all out’ membantu calon kita dan akhirnya kita boleh menang cemerlang walaupun pada peringkat awal hanya mengatakan boleh menang tipis dan mungkin akan kalah ketika itu,” katanya dalam sidang akhbar pada program Moh Karnival Makmur Bera di sini hari ini.

Wan Rosdy yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, antara kawasan yang akan difokuskan oleh UMNO dan BN adalah kawasan Orang Asli dan juga kawasan orang Melayu.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Perikatan Nasional (PN), PH dan dua calon Bebas.

PN diwakili calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Khairul Azhari Saut manakala PH diwakili Pang Sock Tao (DAP).

Selain itu, Nyau Ke Xin sebagai calon Bebas dan Hafizah Zainudin pula mewakili Parti Rakyat Malaysia (PRM).

PRK kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang ditetapkan bagi pengundian sehingga Februari lalu, seramai 40,266 pengundi layak keluar mengundi hari pengundian awal, 7 Mei dan pilihan raya pada 11 Mei.

Kerusi Kuala Kubu Baharu diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 20 Mac lalu akibat kanser. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×