Kepala bayi setahun tersepit jeriji pintu

Kepala bayi setahun tersepit jeriji pintu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seorang bayi lelaki berusia setahun terpaksa menanggung kesakitan selama hampir sejam apabila kepalanya tersepit pada celah pintu jeriji rumah di Sungai Karangan dalam kejadian pukul 4.30 petang, semalam. 

Menurut bapanya, Mohd Shahrul Azwan Mohd Nor, 32, ketika kejadian dia berada di tempat kerja di kawasan Padang Meha sebelum isterinya,Suhaila Yahya, 31, menghubungi memaklumkan kejadian itu. 

“Ketika sampai saya melihat kepala anak masih tersepit di celah jeriji. Isteri memangku anak yang sedang menangis, sementara bapa mertua serta beberapa jiran cuba mengeluarkan kepalanya tetapi gagal,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd Shahrul Azwan berkata, anak lelakinya itu sudah boleh berjalan dan sering berdiri di pintu jeriji sambil melihat ke arah luar rumah, namun isterinya tidak pasti bagaimana kepalanya boleh tersepit. 

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azuan Hamdan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.45 petang sebelum bergegas ke lokasi.

“Anggota bomba meregangkan jeriji tersebut mengunakan peralatan khas dan bayi terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum operasi ditamatkan pada pukul 5.25 petang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini