Persepsi negatif masyarakat hantui bekas banduan

Persepsi negatif masyarakat hantui bekas banduan

SHAFIEQ Johari (tengah) dan barisan pengurusan Mitashamika Resources akan terus membantu bekas banduan untuk bekerja dengan syarikat berkenaan. – UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Stigma masyarakat yang masih memandang negatif terhadap bekas banduan menjadi kebimbangan golongan itu untuk kembali bersama komuniti dan bekerja bagi mengubah kehidupan mereka.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengurus Mitashamika Re­­sources, Shafieq Johari, 30, berkata, tempoh sebulan bermula awal Ramadan lalu memberikan pekerjaan kepada empat banduan parol di tapak bazaar Aidilfitri di Dataran Sekilau di sini, memberikan pengalaman cukup berharga buat pengurusan syarikat terbabit.

“Dalam tempoh sebulan empat banduan bekerja dengan kami, mereka cerita apa dilalui dan kebimbangan berhubung persepsi negatif masyarakat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selama sebulan bersama ka­mi, saya setiap hari memerhati dan memantau mereka. Bagi saya mereka cukup baik beker­ja dan dalam tempoh terbabit langsung tiada aduan daripada peniaga tentang mereka.

“Bagi saya, mereka lebih mu­dah faham arahan berbanding pekerja lain dan betul-betul mahu bekerja demi mengubah kehidupan mereka,” katanya di sini semalam.

SHAFIEQ JOHARI

Mengulas lanjut, Shafieq ber­­kata, persepsi negatif ma­sya­rakat yang masih menebal terhadap bekas-bekas banduan harus diubah dalam usaha membantu golongan itu kembali diterima dalam masyarakat.

Menurutnya, lebih menyukarkan bekas banduan adalah stigma pihak syarikat atau majikan yang sepatutnya memberi peluang lebih besar untuk mereka mengubah hidup.

“Ini amat menyedihkan. Tan­pa kegiatan ekonomi sukar untuk mereka teruskan hidup dan boleh menyebabkan mereka terjebak semula mengulangi kesilapan lampau.

“Keperluan utama membantu bekas banduan tidak ulangi perbuatan jenayah ialah penerimaan masyarakat.

Jadi, apa dilakukan oleh Mitashamika Resources adalah kita mahu masyarakat tidak terus memandang negatif terhadap bekas banduan. Begitu juga para majikan, beri peluang mereka berubah,” katanya.

Beliau berkata, syarikat itu dalam penganjuran apa jua program selepas ini akan terus memberikan peluang kepada bekas banduan mengubah nasib mereka.

“Kalau bukan kita yang membantu mereka siapa lagi? Kesedaran masyarakat perlu diperluaskan supaya tidak terlalu negatif terhadap bekas banduan. Tanpa sokongan masyarakat sukar untuk mencari model yang berjaya bagi mengubah nasib mereka.

“Hakikatnya mereka juga adalah sebahagian daripada kita. Mereka juga wajar mendapat peluang kedua untuk memperbetulkan kesilapan lampau dan meneruskan kehidupan,” katanya. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini